Pages

Sunday, January 30, 2011

cinta oh cinta...




cinta manusia..
rindu…
“syg..jom kite g shoping..mkn2 kt mid.. Lme da kite x kuar sme kan”

cinta allah..
rindu…
“ya Allah, bangunkanlah aku pd mlm ini ya Allah.. supaya aku bole mlakukan sdikit ibadah utk mndekatkn driku ini pdmu”


cinta manusia..
bile terlupe…
“nape x msg I mlm td? bz ker? erm.. I bosan la…” si A
“opss..sori..bz sgt.. mlm td ikut member maen snoker..sori er” si B

cinta Allah..
bile terlalu sibuk dgn urusan dunia..
“astaghfirullah..arini lupe nk bce ma`thurat.. bnyk sgt kje.. dgn assignment yg xpnah hbes.. presentation lg.. tesis.. exam.. ya Allah, maafknlah aku”


cinta manusia..
kecatikan..
“awak..awak cantiklah harini.. wangi pulak tu.. perfume ape awak pkai? bhagianyer sye bile dekat dgn awak”

cinta Allah..
kecantikan.. kesempurnaan
diteliti sifat n name2 Allah dlm buku btajuk ‘Asmaul Husna – nama2 Allah yg indah’

“Ya Allah..ksempurnaanmu tiada bndingan.. kaulah pmilik sekalian alam.. sgala pujian hnya utkmu.. subhanallah”


cinta manusia..
janji..
“xpe awak.. walau susah mane skalipon.. kite akn hdapi bsame.. awak jump, sye jump. sye janji..”

cinta Allah..
janji..
“sesungguhnya, solatku..ibadahku..hidupku..matiku..hnya utkmu ya Allah” doa iftitah


cinta manusia..
tersesat jalan….
“awak! tgk perut sye ni! da kembg da nih..sye takut laaa..camner nk buat nih?! si A
“Alaa.. tu hal awak la.. sye ape kesah! awak buang la mende tu.. sye xnk jge” si B

cinta Allah..
kdg2 terkeluar dr landasannya..
setelah selesai solat taubat..

“Ya Allah.. hari ni aku telah mlakukn dosa ya Allah.. kau ampunkanlah dosaku ya Allah.. semoga dgn izinmu aku dtemptkn di dlm syurga”

Usia muda jgn disia2kn..
gunelah sebaik mgkin..
jgn mnyesal x sudah..
jauhi maksiat..hindari dosa


Ibarat cinta adam n hawa..
Ibarat cintanya seorg trhadap apa yg dimilikinya..
Ibarat cintanya seorg ulama` akn ilmu..
Ibarat cintanya seorg engineer akn ‘masterpiece’nya..
Ibarat cintanya seorg doctor akn patientnya..
Ibarat cintanya seorg penulis akn tulisannya..

TETAPI..

tiada gunenye..tanpa cinta yg Maha Mencintai..

berbalik pd tajuk....
inilah jwpanku pd hatiku..


Saturday, January 29, 2011

Alhamdulillah...








Merenunglah dan Bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.
Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)


Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?

Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.
Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.

Dan janganlah termasuk didalam golongan: Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.(An-Nahl:83)s
p/s renung2kn dan selamat beramal....copied from iluvislam..










Salamullahia'laikum......tetibe rasa nk menulis....


Salam ukhwah buat semua....
ttibe je rase mcm nk buat blog..(dh buat pn)...
memandangkan saya ni suka sgt usha2 blog org..so, apa kate wat blog sndri je...
rsanya byk manfaat jgk menulis kt cni...
sbenanye dulu dh ade blog tp apakn daya, tahap kemalasan hamba Allah ni amatlh tggi  n mls nk update..sampai password pn dh lpe...maka dgn rasminya cek buat blog baru utk tantapan dan peringatan buat diri ini dan semua...moga sentiasa dalam hidayah Allah dan barakahNya....mari mengembara mencari cinta Ilahi!!!! moga dapat perkongsian yg bermanfaat insyaAllah..