Pages

Monday, July 18, 2011

Puasa Selepas Setengah Syaaban

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN.
Pendapat Ulama
Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat:
a. Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali .
b. Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie
c. Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.
Dalil
• Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
لا يتقدّمنّ أحدكم رمضان بصوم يوم أو يومين، إلا أن يكون رجل كان يصوم صومه فليصم ذلك اليوم
Maksudnya : “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”
Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.
• Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
Maksudnya: “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”
• Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.
Pendapat Yang Rajih
- Tidak ada larangan berpuasa selepas setengah Syaaban, kecuali dalam hadis Abu hurairah, “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”. Maka perlu kepada penyelidikan tentang kesahihan atau kedhaifannya.
- Hadis ini diperselisihkan pada kedudukannya. Ada yang menilainya sahih seperti: Imam Tirmizi, Al-Hakim, Ibn Hazm, Al-Tahawi, Ibn Abdil Barr dan lain-lain.
- Dan ada yang menilainya dhaif seperti Abdul Rahman bin Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah, Al-Atsram, Abu Daud, Baihaqi, Nasai, dan lain-lain.
- Pendapat yang lebih sahih tentang hadis ini -Wallahu A’lam- ialah pendapat yang mendhoifkannya, kerana:
1) Mereka yang menilainya dhaif, lebih pakar dan mahir dalam ilmu hadis dan kecacatan hadis. Kata Ibn Rajab: “Hadis ini dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Hibban, Hakim, Tahawi, dan Ibn Abdil Bar. Dan ia dipertikaikan oleh ulama yang lebih hebat daripada mereka”.
2) Hadis ini menyalahi beberapa fakta lain, antaranya:
i) Mafhum hadis sahih (Bukhari dan Muslim) iaitu hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Ertinya jika lebih daripada dua hari, maka ia tidak dilarang. Maka menunjukkan puasa selepas 15 Syaaban diharuskan.
ii) Hadis Aisyah yang mengatakan Nabi berpuasa hampir keseluruhan Syaaban. Dalam hadis Bukhari dan Muslim, kata Aisyah: “Bahawa Rasulullah SAW berpuasa Syaaban keseluruhannya. Iaitu baginda berpuasa Syaaban kecuali sedikit”. Ini menunjukkan bahawa baginda berpuasa walaupun selepas 15 Syaaban.
Kesimpulan
- Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.
- Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut -dan ia lebih tepat- hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.
Wallahu A’lam.
p/s perkongsian bermanfaat dr http://abuumair1.wordpress.com

Saturday, July 2, 2011

Syaaban Bulan yang Dinanti....





Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Syaaban...sebulan lagi dah Ramadhan..terasa cepat sangat masa berlalu..REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Antara peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Sya'ban adalah:

1. Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada hari 14 Sya'ban. Terdapat keagungan tersendiri pada malam Nisfu Sya'ban sepertimana pada bulan Rejab dengan malam Israk dan Mikraj, bulan Ramadhan dengan malam Laillatul Qadr dsb.

2. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.

3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.

4. Perang Badar yang terakhir:Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa (sirah) ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan contoh tauladan sepanjang hidup kita dan generasi mendatang. Kerana kehidupan adalah bagaikan pusingan roda yang sering berputar. Mungkin peristiwa tesebut tidak sama 100%. Tetapi ada unsur-unsur kehidupan yang boleh diambil untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, di dalam Islam Sirah Nabawiyah adalah antara sumber rujukan syariat Islam. Bahkan sejarah-sejarah para sahabat, tabien dan khulafa' serta salafus soleh juga perlu diketahui supaya tidak terpedaya dengan pelbagai penyelewengan ilmu pada zaman sekarang.Selain itu, penghayatan Sya’ban juga kita nobatkan sebagai mengiktiraf bulan Islam di samping strategi menolak pengiktirafan ke atas bulan-bulan Masihi yang menjadi keagungan umat Islam kini. Marilah kita sama-sama menyambut dan menghayati ketibaan Sya'ban dengan penuh keazaman untuk menambahkan amalan kita. Disamping itu, dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT untuk kita sampai ke bulan yang seterusnya- Ramadhan al-Mubarak.
                    الللهم باركلنا فى رجب و شعبان و بلغنا رمضان

~Mitsaqon Gholidho~







Satu penantian mencari pasangan jiwa, cukup menguji kesabaran dan keimanan didalam dada.. kerana manusia itu menanti hadir sebahagian jiwanya.

Kekadang terasa gelisah membasahi jiwa, adakalanya hati berlumuran dengan kecewa. Ada juga kegembiraan mulai terasa, tidak kurang juga ada bahagia telah meliputi kehidupannya..

Dalam mencari cinta manusia, janganlah terlalu mengharap pada si dia, kerana dia tetap seorang manusia. Sedangkan kita sendiri tak mampu menilai hati kita, inikan pula untuk mengetahui sepenuh isi hatinya.

Maka, serahkan pada Allah Ta'ala sebagai penentunya, disamping ikhtiar dan usaha pembuka wadahnya, sebagai tanda seorang hamba kepada Pencipta.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik akan sesuatu perkara, maka bergantung haraplah kepadaNya sepenuh jiwa, kerana kita sendiri adakalanya keliru dalam menentukan keinginan jiwa.

Allah itu maha sempurna dan berkuasa, dan manusia itu ciptaanNya yg sempurna.. Bukannya bererti sempurna manusia pada sifat dan sikapnya, kerana disebaliknya pasti ada kelebihan dan kekurangan yg berbeza2. Yang dinamakan makhluk sempurna untuk membuktikan kebesaranNya, sebagai satu tanda untuk kita mensyukuriNya setiap masa..

Tiada siapa tidak mahu merasai cinta, kerana cinta itu fitrah naluri seorang manusia. Jika tanpanya akan terasa satu kekurangan di jiwa, mencari dan gelisah kerana terasa ada yang tidak kena.. itulah yang dinamakan cinta seorang manusia,

" dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan,"[An-Najm ayat 45]

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [Ar-Ruum ayat 21]

Namun begitu, cinta manusia itu bukanlah segala-galanya, kerana cinta yang utama adalah cinta Allah dan RasulNya.. Cinta manusia hanya sebagai pelengkap jiwa dan kehidupan dunia, tetapi cintaNya adalah untuk kesempurnaan bagi segala-galanya...

Maka, janganlah terlalu gelisah jika tiada cinta manusia, namun teruskan memohon kepadaNya agar dikurniakan cinta sejati dari manusia, semoga dengannya mendekatkan lagi jiwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

Biarlah hati tertarik pada agamanya, kerana agama itu yang membawa jiwa manusia kearah bahagia.. Tetapi ada yang mencintai kerana rupa, ada juga kerana harta mahupun keturunan mulia.. Tidak salah untuk mencintai itu semua, tetapi sedarilah hakikat, kecantikan itu akan pudar dimakan usia, harta pula akan berkurangan sentiasa kerana selalu diguna, berketurunan mulia bukanlah bererti mulia akan segala-galanya..

Menjadi kebimbangan bila cantik mulai pudar, harta semakin berkurangan didunia, dan keturunan itu semakin dipinggirkan oleh manusia, semakin itulah berkurang dan hilangnya cinta dan kasih sayang kita kepada si dia...

Ingatlah hakikat, jika tiada agama, tidak berfaedah akan kecantikan rupa, tidak bernilai akan kekayaan harta, tidak berguna walaupun berketurunan mulia.

Biarlah hati bersatu dengan hati si dia kerana agama, moga nafsu dunia mudah dirantai disepanjang kehidupan dunia.

"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar dalam kitabnya fathul bari menaqalkan hadis Abdullah bin Amru kata nabi SAW: “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka melampau batasan.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”.




"...Dan mereka (isteri-isteri kalian) telah mengambil dari kalian miitsaaqan ghaliizhaa (perjanjian yang amat berat)." QS AN Nisa' 21
p/s just share artikel dr salah seorang kawan kat fb...sharing is caring ^_^