Pages

Sunday, March 6, 2011

Sibukkah AKU????




Setiap saat..setiap detik.. setiap minit..setiap jam..setiap hari.. 
setiap minggu… setiap bulan… setiap tahun...Kita sibuk...Istilah sibuk tidak pernah lekang dari bibir kita..
Namun percaya atau tidak kita sering mengeluh tentang masa,masa terlalu mengejar kita.Kalau kita pantas, dia tetap pantas.Kengkadang pula kita terbabas,masa  tinggalkan kita jauh.sekalipun bukan selalu tapi pernah sekali sekala..Dah dekat hujung2 sem ni..baru terasa sangat sibuk rupanye jd student ni...semua benda nak dikejarkan...huhu


Terkejar-kejar dengan jadual kuliah..(hjg sem dh tak kejor sgt)
Sibuk mencari bahan presentation...
Sibuk dengan assignment, system(student IT)..
Sibuk membaca dan mengulangkaji..(selalu buat ke??)
Sibuk berbincang dan mengambil hati lecturer @ tutor..(ye ke?)
Sibuk memikirkan peperiksaan yang makin hampir..
Sibuk fikir bahan kuliah yang tak lengkap..
Sibuk fikir perbelanjaan yang tidak mencukupi..
Dan banyak lagi..
TAPI...sempat lagi menjengok FB, nengok Youtube, update blog...hehehe outing pn sempat lagi kan..huhu


Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.

Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:

Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
Bermunajat kepada Allah setiap malam
Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
Berperang di jalan Allah
Melayani isteri-isteri
Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)

Ya Allah kesibukan ini amat memenatkan…
Kesibukan ini… jika tiada iman dan keikhlasan….
Inilah kesibukan yang sia-sia
Kesibukan ini… jika tiada redha dan sabar…
Inilah kesibukan yang tiada membawa apa-apa pahala
Kesibukan ini …Jika tiada kerana Allah, 
Inilah kesibukan ini yang tidak mendatangkan rasa bahagia…..
Tapi ia.. akan menjadikan kita pelupa
Lupa pada nikmat-NYa…
Jauh kita dari Tuhan..
Bukan lagi Dia..tempat kita mengadu..
tapi manusia yang lemah dijadikan sekutu
sengsaralah jiwa… hilanglah ketenangan……menggununglah tekanan...
Selagi diri bernyawa..
kesibukan akan setia menduga
hingga ke hujung nyawa..
Titipkanlah dalam zikir harian mu…
Doa Penghulu Wanita di Syurga ini…
Mudah2an kesibukan yang dilalui terasa mudah dihujung jari….
Mudah2an jua segala kesibukan ini bisa menghiburkan hati yang keletihan…  

Renungkanlah kata-kata ini pula :


Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. 
Al-Imam Ghazali


1 comment: