Pages

Wednesday, March 9, 2011

Sayangilah mak selagi masih bernyawa





Kamu semua tak tahu
Mak sangat sayangkan kamu
Selalu risaukan kamu
Takut kalau kamu tak sempat solat berjemaah di masjid
Takut kalau kamu tidak solat di awal waktu

Tapi manalah kamu tahu hati mak
Kamu ingat mak berleter
Walhal mak ingin ingatkan kamu tentang tanggungjawab terbesar ini selagi dia masih bernyawa
Hinggakan dia risau siapa yang akan menggantikannya untuk mengingatkan anak-anak terunanya apabila dia meninggalkan dunia ini
Kerana katanya anak teruna bakal pemimpin keluarga
Sebenarnya mak risau takut kamu-kamu tak baca Quran, malas baca Quran,malas mencari ilmu agama
Bagaimana hendak mendidik cucu-cicitnya nanti

Ingatlah mak yang mengajar kamu mengenal huruf dan membaca Quran
Besarnya jasa mak pada kamu
Katanya tak guna belajar tinggi-tinggi tetapi jauh dari Tuhan, malas ke masjid
Hinggakan mak berpesan kepada kakak
Doakanlah untuk adik-adik supaya dekat dengan Tuhan
Tengok, betapa sayangnya mak pada kamu semua

Mak kata dia sentiasa memaafkan kesalahan-kesalahan anaknya
Tetapi dia risau jika Tuhan murka kepada anak-anaknya
Risau jika keberkatan hidup anak-anaknya akan hilang

Tetapi kamu semua kadang-kadang tak sedar
Kakak rasa beratnya tanggungjawab kerana mak seolah-olah memberi amanatnya kepada kakak
Harap kamu sedar betapa luas dan agungnya cinta mak
Sayangilah mak selagi masih bernyawa
Maafkan kami mak..
Halalkan tiap titis susu mak yang mengalir dalam tubuh kami...  
Halalkan tiap apa yang diberikan mak kepada kami...
Semoga kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..



 yer..mak sgt sayangkn anaknya kn...sbagai anak mak, satu2nya anak perempuan mak n anak sulong mak...kakak sayang mak..huhu anak2 teruna mak yg lg 5 tu..sile ikot cakap mak yer...then lps ni jgn marah kalaw kakak b'leter yer..utk kebaikan korg jgk..


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

 Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

 “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

 Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]



 Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

 Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?

 Jahimah menjawab: “Ya.

 Lalu Rasulullah bersabda:

“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik). [2]  Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).



p/s rase x bleh tido klw x dgr suara mak dlm satu hari..wlaupn dah tak dak point nk cakap...still nk dgr suara mak...ayah?? dgr background suara kt blakang pn jd..ble bce balik entry nk nanges pulak tingat kt mak...tgk makcik2 kt cni pn boleh tingat kt mak...x kesah la klw org nk ckp cek ni anak mak.. artikel kt atas dicopy n paste utk peringatan kita bersama...

No comments:

Post a Comment