Pages

Wednesday, September 28, 2011

WASIAT MUSTAFA AL-SIBAI'E







1. Sesiapa yang menghormati orang alim kerana ilmunya maka sesungguhnya dia menginsafinya dan sesiapa yang menghormati orang alim kerana ilmu dan akhlaknya maka sesungguhnya dia telah memuliakannya

2. Jangan berkawan dengan si boros kerana dia akan menghabiskan harta engkau dan jangan pula berkawan rapat dengan si kedekut kerana dia akan menghilangkan kehormatan engkau.

3. Jangan terlalu mempercayai kebaikan seseorang sehingga engkau melihat pandangannya terhadap engkau ketika susah

4. Keelokan diri akan membahagiakan seseorang dan masyarakat sekitarnya manakala kecantikan wajah akan membawa keburukan kepada tuannya dan masyarakat sekitarnya.

5. Dengan kesakitan maka engkau akan ketahui nikmat sihat manakala sihat akan melupakan engkau kepada kesakitan ketika sakit.

6. Berfikir si sihat lebih betul berbanding berfikir si sakit melainkan jika si sakit lupa kepada Tuhannya

7. Engkau akan kehilangan akal pada 4 tempat : Ketika syaitan menguasai hawa nafsumu, Ketika wanita memberitahu tentang kelembutanmu, Ketika harta menguasai sifat tamakmu, Ketika kenyang menguasai nafsu syahwatmu

8. Asal kejahatan di dunia kerana tiga perkara iaitu Iblis, wanita dan harta manakala asas kebaikan di dunia juga tiga perkara iaitu akal, wanita dan harta

9. Sesiapa yang menunaikan kwajipan terhadap umat, ahli keluarga dan anaknya dalam memerangi kemungkaran kemudian dia tidak berjaya maka sesungguhnya Allah akan memaafkannya

10. Tidak terdapat dalam hati seorang mukmin selain daripada kecintaan terhadap Allah dan rasulNya, tiada baginya sesuatu cita-cita yang berharga selain betemu keduanya, tiada amalan yang lebih lazat selain ingin keredhaan keduanya dan tiada perhubungan yang lebih manis selain berhubung dengan keduanya.

11. Kecantikan yang tiada kelebihan bersamanya seumpama bunga tanpa baunya

12. Jangan terlalu berlebihan dalam cinta dan benci kerana kadang-kadang bertukar kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan

13. Kesakitan merupakan sekolah untuk tarbiah diri. Sekiranya si sakit bertambah baik dengan mengambil faedah darinya nescaya ia menjadi suatu nikmat bukannya bala



p/s renung2kan..selamat beramal...^_^

Thursday, August 25, 2011

Kalaulah Kekasih-Mu,masih berada bersama-sama kami...





LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Saturday, August 13, 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Assalamualaikum.....apa khabar iman hari ini? sedar tak sedar, dah 14 hari kita menjalani ibadah puasa...Alhamdulillah bersyukur kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini...semoga Allah masih memanjangkan umur untuk meneruskan hingga ke penghujung Ramadhan insyaAllah...

    Puasa tahun ni lebih bermakna sedikit berbanding tahun lepas sebab boleh berpuasa dan berbuka sepanuhnya di rumah....hehe seronok sebab dpt berjemaah bertarawikh di surau dan masjid kat sini...tak la mcam kat perantauan sgt kn (wlaupun kt Terengganu je sblum ni)....dulu dkt2 nk raya br balik rumah, kira hjng2 Ramadhan baru dpt bersama dgn family...Alhamdulillah tahun ni cuti panjang..best dpt makan masakan mak hari2..^_^

Entry kali ni just nak share drpd kawan kt fb tntng beruntungnya jd wanita...tambahan pulak bulan2 puasa ni..bersyukurlah wanita dpat menmbahkan pahala..berkat bangun menyediakan makanan untuk bersahur, boleh diawalkan bangun untuk solat sunat tahajud dan sebagainya...lps tu tambah pulak pahala mengejutkan adik2 bangun untuk bersahur...tak ke beruntung sgt dah tu..



Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:                                                  “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

p/s :kurang bersetuju dgn fesyen tudung zaman sekarang maksud saya fesyen2 selandang yg dipakai hari ni..semuanya x menepati syarat... dibelit sana sini baik yg di malaysia mahupun yg dok ada kt oversea...klw dilabuhkan ke dada x pa, tp skrg bkn makin labuh, makin pendek, berwarna-warni dan sgt menarik perhatian...(pernah jgk pakai, tp ada yg labuh kn) mcm2 fesyen ada, yg berladung, rama2, bunga2..yg jarang mcm jala ikan pn ada...ditambah pulak dgn brooch yg mcm2 bentuk skrg ni...dok sebatu pn dh nmpk korang..maaf klw ada yg terasa..sesama muslimah pn kita dh rasa lain klw tengok..apatah lagi klw orang lelaki yg tgk...jgn menmbah saham kita ke neraka...mmg nnti akan ada yg cakap, at least ak pakai gak tudung, yg lain tu kosong aje kepala dorang...sebetulnya kita perlu betulkan niat bertudung, bukan untuk mengikut peredaran fesyen, ikut kawan atau sebagainya...yang penting mangikut syariat yng ditetapkan...wallhua'lam

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Monday, July 18, 2011

Puasa Selepas Setengah Syaaban

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN.
Pendapat Ulama
Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat:
a. Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali .
b. Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie
c. Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.
Dalil
• Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
لا يتقدّمنّ أحدكم رمضان بصوم يوم أو يومين، إلا أن يكون رجل كان يصوم صومه فليصم ذلك اليوم
Maksudnya : “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”
Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.
• Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
Maksudnya: “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”
• Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.
Pendapat Yang Rajih
- Tidak ada larangan berpuasa selepas setengah Syaaban, kecuali dalam hadis Abu hurairah, “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”. Maka perlu kepada penyelidikan tentang kesahihan atau kedhaifannya.
- Hadis ini diperselisihkan pada kedudukannya. Ada yang menilainya sahih seperti: Imam Tirmizi, Al-Hakim, Ibn Hazm, Al-Tahawi, Ibn Abdil Barr dan lain-lain.
- Dan ada yang menilainya dhaif seperti Abdul Rahman bin Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah, Al-Atsram, Abu Daud, Baihaqi, Nasai, dan lain-lain.
- Pendapat yang lebih sahih tentang hadis ini -Wallahu A’lam- ialah pendapat yang mendhoifkannya, kerana:
1) Mereka yang menilainya dhaif, lebih pakar dan mahir dalam ilmu hadis dan kecacatan hadis. Kata Ibn Rajab: “Hadis ini dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Hibban, Hakim, Tahawi, dan Ibn Abdil Bar. Dan ia dipertikaikan oleh ulama yang lebih hebat daripada mereka”.
2) Hadis ini menyalahi beberapa fakta lain, antaranya:
i) Mafhum hadis sahih (Bukhari dan Muslim) iaitu hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Ertinya jika lebih daripada dua hari, maka ia tidak dilarang. Maka menunjukkan puasa selepas 15 Syaaban diharuskan.
ii) Hadis Aisyah yang mengatakan Nabi berpuasa hampir keseluruhan Syaaban. Dalam hadis Bukhari dan Muslim, kata Aisyah: “Bahawa Rasulullah SAW berpuasa Syaaban keseluruhannya. Iaitu baginda berpuasa Syaaban kecuali sedikit”. Ini menunjukkan bahawa baginda berpuasa walaupun selepas 15 Syaaban.
Kesimpulan
- Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.
- Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut -dan ia lebih tepat- hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.
Wallahu A’lam.
p/s perkongsian bermanfaat dr http://abuumair1.wordpress.com

Saturday, July 2, 2011

Syaaban Bulan yang Dinanti....





Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Syaaban...sebulan lagi dah Ramadhan..terasa cepat sangat masa berlalu..REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Antara peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Sya'ban adalah:

1. Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada hari 14 Sya'ban. Terdapat keagungan tersendiri pada malam Nisfu Sya'ban sepertimana pada bulan Rejab dengan malam Israk dan Mikraj, bulan Ramadhan dengan malam Laillatul Qadr dsb.

2. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.

3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.

4. Perang Badar yang terakhir:Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa (sirah) ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan contoh tauladan sepanjang hidup kita dan generasi mendatang. Kerana kehidupan adalah bagaikan pusingan roda yang sering berputar. Mungkin peristiwa tesebut tidak sama 100%. Tetapi ada unsur-unsur kehidupan yang boleh diambil untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, di dalam Islam Sirah Nabawiyah adalah antara sumber rujukan syariat Islam. Bahkan sejarah-sejarah para sahabat, tabien dan khulafa' serta salafus soleh juga perlu diketahui supaya tidak terpedaya dengan pelbagai penyelewengan ilmu pada zaman sekarang.Selain itu, penghayatan Sya’ban juga kita nobatkan sebagai mengiktiraf bulan Islam di samping strategi menolak pengiktirafan ke atas bulan-bulan Masihi yang menjadi keagungan umat Islam kini. Marilah kita sama-sama menyambut dan menghayati ketibaan Sya'ban dengan penuh keazaman untuk menambahkan amalan kita. Disamping itu, dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT untuk kita sampai ke bulan yang seterusnya- Ramadhan al-Mubarak.
                    الللهم باركلنا فى رجب و شعبان و بلغنا رمضان

~Mitsaqon Gholidho~







Satu penantian mencari pasangan jiwa, cukup menguji kesabaran dan keimanan didalam dada.. kerana manusia itu menanti hadir sebahagian jiwanya.

Kekadang terasa gelisah membasahi jiwa, adakalanya hati berlumuran dengan kecewa. Ada juga kegembiraan mulai terasa, tidak kurang juga ada bahagia telah meliputi kehidupannya..

Dalam mencari cinta manusia, janganlah terlalu mengharap pada si dia, kerana dia tetap seorang manusia. Sedangkan kita sendiri tak mampu menilai hati kita, inikan pula untuk mengetahui sepenuh isi hatinya.

Maka, serahkan pada Allah Ta'ala sebagai penentunya, disamping ikhtiar dan usaha pembuka wadahnya, sebagai tanda seorang hamba kepada Pencipta.. Dia maha mengetahui apa yang terbaik akan sesuatu perkara, maka bergantung haraplah kepadaNya sepenuh jiwa, kerana kita sendiri adakalanya keliru dalam menentukan keinginan jiwa.

Allah itu maha sempurna dan berkuasa, dan manusia itu ciptaanNya yg sempurna.. Bukannya bererti sempurna manusia pada sifat dan sikapnya, kerana disebaliknya pasti ada kelebihan dan kekurangan yg berbeza2. Yang dinamakan makhluk sempurna untuk membuktikan kebesaranNya, sebagai satu tanda untuk kita mensyukuriNya setiap masa..

Tiada siapa tidak mahu merasai cinta, kerana cinta itu fitrah naluri seorang manusia. Jika tanpanya akan terasa satu kekurangan di jiwa, mencari dan gelisah kerana terasa ada yang tidak kena.. itulah yang dinamakan cinta seorang manusia,

" dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan,"[An-Najm ayat 45]

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [Ar-Ruum ayat 21]

Namun begitu, cinta manusia itu bukanlah segala-galanya, kerana cinta yang utama adalah cinta Allah dan RasulNya.. Cinta manusia hanya sebagai pelengkap jiwa dan kehidupan dunia, tetapi cintaNya adalah untuk kesempurnaan bagi segala-galanya...

Maka, janganlah terlalu gelisah jika tiada cinta manusia, namun teruskan memohon kepadaNya agar dikurniakan cinta sejati dari manusia, semoga dengannya mendekatkan lagi jiwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

Biarlah hati tertarik pada agamanya, kerana agama itu yang membawa jiwa manusia kearah bahagia.. Tetapi ada yang mencintai kerana rupa, ada juga kerana harta mahupun keturunan mulia.. Tidak salah untuk mencintai itu semua, tetapi sedarilah hakikat, kecantikan itu akan pudar dimakan usia, harta pula akan berkurangan sentiasa kerana selalu diguna, berketurunan mulia bukanlah bererti mulia akan segala-galanya..

Menjadi kebimbangan bila cantik mulai pudar, harta semakin berkurangan didunia, dan keturunan itu semakin dipinggirkan oleh manusia, semakin itulah berkurang dan hilangnya cinta dan kasih sayang kita kepada si dia...

Ingatlah hakikat, jika tiada agama, tidak berfaedah akan kecantikan rupa, tidak bernilai akan kekayaan harta, tidak berguna walaupun berketurunan mulia.

Biarlah hati bersatu dengan hati si dia kerana agama, moga nafsu dunia mudah dirantai disepanjang kehidupan dunia.

"Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar dalam kitabnya fathul bari menaqalkan hadis Abdullah bin Amru kata nabi SAW: “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka melampau batasan.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”.




"...Dan mereka (isteri-isteri kalian) telah mengambil dari kalian miitsaaqan ghaliizhaa (perjanjian yang amat berat)." QS AN Nisa' 21
p/s just share artikel dr salah seorang kawan kat fb...sharing is caring ^_^